Amsyarbaker cake & cupcake kota bharu: Feb 28, 2012

Tuesday, February 28, 2012

cupcake kota bharu


cupcake kota bharu

Cupcake Kota Bharu

Mempunyai perniagaan Cupcake di kota bharu yang beroperasi  di Internet merupakan satu cara menambah pendapatan pada era teknologi maklumat ni. Caranya yang ringkas dan mudah jika kena pada caranya sangatlah membantu untuk menampung perbelanjaan yang pada masa ini sangatlah meningkat.
Mengapa saya kata mudah berniaga cupcake kota bharu ni?
Pernahkah anda bayangkan anda berniaga tanpa perlu menjaga tapak atau kedai perniagaan anda? analoginya jika anda membuka kedai kek di satu kawasan perumahan. Adakah anda dapat beroperasi dengan menutup pintu kedai atau tapak itu?  dengan perniagaan di  internet, anda mampu untuk tidur sekalipun dan perniagaan anda berjalan dengan autonya, untuk masa tertentu anda hanya perlu memeriksa email anda untuk mendapat pesanan. Malah ini yang berlaku kepada isteri saya, beliau merupakan seorang peniaga kek di kota bharu, beroperasi di rumah di kawasan perumahan sepertimana contoh diatas, cumanya kami beroperasi melalui konsep perniagaan internet. Perniagaan Cupcake kota bharu dijalankan Dengan hanya memiliki blog dan sedikit kelengkapan membuat kek, kami bermula dengan mempromosikan laman blog kami.

Menamakan Syarikat kami Niks Resources dengan mendaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kami melangkah kecil dan terus melangkah. Amsyarbaker adalah nama yang dipilih untuk produk cupcake kelantan dan cake. Dengan semangat untuk majukan Amsyarbaker.com saya telah melalui proses belajar memasarkan produk kami di Internet. Konsep perniagaan internet yang dipilih memang tak salah, dengan mempelajari dan mempraktikalkan apa yang dibelajari kami telah melangkah untuk membesarkan langkah perniagaan kami. Cupcake Kota bharu telah dengan jayanya dan sudah masuk tahun ketiga beropersi. Dengan itu Langkah membesarkan perniagaan kami adalah bagi menampung permintaan pelangan yang telah mengenali kami dari konsep perniagaan internet kami yang menyediakan cupcake di kelantan dan kota bharu.

Pemasaran yang saya terapkan adalah 100% daripada Online, kami tidak pernah buat flyers,bunting atau banner, cara pemasaran adalah melalui internet secara online sahaja. Banyak cara yang telah saya aplikasikan untuk mempromosikan laman web amsyarbaker, ada antaranya memberi kesan yang baik dengan pelaburan yang sikit, dan ada yang sebaliknya. Mengeluarkan modal yang banyak tapi pulangan trafik adalah tidak munasabah sama skali. Inilah pengalaman yang saya lalui sepanjang mengendalikan Pemasaran Amsyarbaker.com.
bagi sesiapa yang mencari cupcake sekitar kota bharu yang memberi kebebasan kepada anda dalam menentukan dekorasinya pilihla cupcake kota bharu yakni Amsyarbaker.com
Di internet untuk memasarkan perniagaan internet yang bersifat lokaliti adalah sedikit rumit, ini kerana keluasan internet melepasi batasan lokaliti. Tetapi dengan pengalaman yang telah terbina dengan proses pembelajaran, Try and Error, saya dapat menguasai bagaimana caranya  memasarkan produk yang bersifat lokaliti seperti perniagaan isteri saya.
Pengalaman yang dicoretkan ini bukanlah untuk menunjuk nunjuk, tapi ini adalah perkongsian kepada anda diluar sana yang ingin memiliki perniagaan internet untuk apa pun perniagaan anda, kami disini sudi berkongsi pengalaman dan ilmu.Moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada setiap diluar sana untuk mengambil langkah positif dengan memulakan perniagaan online secara teratur dan sirius. Bagi yang berminat untuk bertanya atau apapun niat anda ada kaitan dengan amsyarbaker, silalah kelaman web kami, www.amsyarbaker.com atau emailkan pertanyaan ke amsyarbaker@gmail.com atau telifon terus ke 0179066702.
layari facebook cupcake kota bharu untuk maklumat lanjut.

Cupcake Kota Bharu